Khamis, 28 Jun 2012

Pemimpin Dunia Kasihkan Ibu, Pemimpin Haprak Derhakai Ibu


Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Memang benar. Oleh sebab itu kita dituntut untuk mengasihi dan jangan sekali-kali menderhakai ibu kerana dosanya amatlah berat. Doa seorang ibu juga amatlah mujarab di sisi Allah. Jika dia mendoakan kesejahteraan kepada anaknya, maka akan selamatlah hidup si anak. Tetapi jika sebaliknya, kita lihatlah sendiri di sekeliling. Adakalanya dosa kepada ibu bapa Allah akan 'bayar' di dunia, tak perlu tunggu hingga akhirat. Berkata "uhh.." pun sudah menjadikan kita anak derhaka, inikan pula membuatkan ibu mengalirkan air mata sedih dan pilu.

 Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan sangat kasihkan ibunya, Tenzile Erdogan. Lihatlah bagaimana beliau sangat kasihkan ibunya, apatah lagi di hari-hari terakhir ibunya. Pemimpin beginilah yang kita inginkan. Jika kasihnya kepada ibu begitu kuat (bukan anak derhaka), maka kasihnya kepada rakyat juga begitu. 



 Menangis dia..

 Begitu juga Perdana Menteri kita, beliau juga sangat kasihkan ibunya.

 Tetapi, sedih melihat ibu ini. Siapakah anaknya???

Inilah si Tanggang anaknya. Balasan-balasan dosa menderhakai ibu sudah pun Allah tunjukkan di dunia lagi..sedikit-demi sedikit.

Yang seorang lagi tu, ermmm lagi parah...

Salam Perjuangan

Salam Perjuangan,

Ini (menulis/blog) juga merupakan satu perjuangan..perjuangan yang walaupun mungkin kecil tetapi perlu disemarakkan ke arah meletakkan yang hak di tempatnnya dan mencampakkan yang batil ke tepi.

Mohon sahabat-sahabat seperjuangan yang lebih ke depan (berpengalaman) dalam arena ini untuk saling membantu kerana matlamat perjuangan kita adalah sama.

Terima kasih.